KENAPA KAK MIZA APPLY VISA US?

Alhamdulillah.. Macam mimpi dapat menjelajah dunia Free² ni… Tapi trip US ni yang paling
mencabar kesabaran k Miza.. Hihihi.. Lagi mencabar.. Lagi syok.. Lagi K Miza suka nak Fight..

Trip bernilai lebih RM30k ni di taja sepenuhnya oleh Forever Living Products.

Forever bagi 2 Flight ticket (Naik Emirates woo), 5 Malam stay kat Hyat Regency Hotel Dallas,
Duit belanja makan USD800.

Sebelum ni k Miza pernah dapat Free Trip dari Forever jugak.. semua trip Forever bagi untuk 2 pax..
Feb 2016 – Umrah
Sept 2016 – Greece (Huiii syok woooo)
April 2017 – Dubai
April 2018 – Dallas, US
Oct 2018 – Phoenix, US (akan p tak lama lagi)
Mei 2019 – Stockhom, Sweden (Tengah Fight.. Bulan July 2018 inshaallah complete)
Oct 2019 – Dallas, US (yg ni start fight 1 Mei 2018.. hahaha.. boleh repeat balik bayar utang lambat 2 hari tahun ni)

Korang yang teringin nak free vacation cam k miza boleh PM tepi.. PM tengah k miza tak layan.. kikikiki

KENAPA KAK MIZA LAMBAT 2 HARI P DALLAS, US?

Soalan ni rasa menyirap jek nak jawap.. Tapi kena jawap jugak pasal ramai giler yang tanya..
Ramai yang tertunggu² K Miza Live kat FB.. hehehehee…

K Miza lambat 2 hari sebab Visa US approve lambat 2 hari dari tarikh k Miza terbang ke US.

Meraung uiii kena tinggal dengan laki… HB pon dah hampir² tak mau p US mase tu..
ye la.. kami fight trip US ni sama².. tibe² k miza tak boleh p…

Ni gambar pelukan selamat tinggal my HB.. mase ni kat KLIA… kekekekke…
korang kena.. korang tau la rase die cemana..

My HB terbang 23 April 2018 sorang².. without me.. K Miza ingat VISA US approve pagi Isnin 23 April tu. Rupanya tak approve jugak.

Embassy dah mintak Passport k miza pada 20 Mac 2018. Pastu K Miza p renew passport & masa drop passport tu hantar passport lama & baru. Inilah punca kepada kelambatan Visa K Miza.

APA YANG KAK MIZA BUAT UNTUK DAPATKAN VISA US?

Mudah² permohonan Visa US korang terus di luluskan.. jadik.. tak yah hadap drama swasta macam k miza..

Visa US ni dia ada banyak jenis.
K Miza apply non imigrant type B. yang ni untuk orang² yang masuk US sekejap & untuk bisnes trip.

Sebelum buat pembayaran.. Better korang faham Flow dia dlu…

Lebih senang nak apply jika korang dapat surat tawaran dari company.  Ni Offer letter dari Forever untuk k Miza. Bawak jugak masa interview & masa terbang ke US.

Korang boleh bukak website rasmi US Embassy MY >> http://www.ustraveldocs.com/my/

boleh tukar dr BI ke BM jugak..

Bawah ni interface website US Embassy MY

PERSEDIAAN SEBELUM APPLY VISA US

1. Jika passport nak mati.. Better renew passport & apply guna passport yang baru
2. Apply paling lambat 3 bulan sebelum terbang
3. Selagi Visa belum approve, jangan beli tiket kapal terbang
4. Jika ditanya no passport yang lepas, rujuk muka surat belakang passport terkini.
5. Jangan buang passport yang dah expired.
6. Sediakan 1 file khas untuk simpan semua maklumat dari awal hingga akhir
7. P bergambar kat kedai gambar & mintak dia buat saiz VISA US. Mintak 1 copy dalam CD.
8. Better buat group interview jika tak pandai speaking English.
Nanti masa interview bagi yang terer speaking tu jawab soalan. Hang dok diam² ja na.
9. Tak payah nak mesra sangat dengan interviewer tu. Just jawab apa yang dia tanya ja.

FLOW/ LANGKAH-LANGKAH APPLY VISA US

Apply for a Visa

Mula² Login new account dulu. Klik Log in & isi segala maklumat yang sistem mintak.

Step 1 – Tentukan jenis Visa yang nak di apply
Step ni simple je.. Korang baca dengan teliti.. mesti paham punye..
Jenis Visa ni akan menentukan berapa duit yang korang kena bayar.
Nanti sistem akan summarykan berapa yang korang kena bayar dalam Ringgit Malaysia.
Dan ada reference number skali. Yang ni korang perlukan untuk masukkan kat dalam butiran pembayaran

Step 2 – Bayar visa
Korang boleh pilih nak bayar melalui bank mana satu. K Miza bayar melalui JOM PAY sahaja.
Ref 1 & Ref 2 korang amik dari summary step 1.

Step 3 – Isi Borang DS-160
Step ni hanya boleh di buat selepas korang buat pembayaran. haaaaaa… jangan takut.
Maklumat yang dia mintak yang basic aje… Just isi dengan tenang.

Test gambar samada di terima atau tidak. Jika tak di terima, anda boleh guna aps.
Just search Visa US picture nanti jumpe aps untuk adjust bagi betul saiznya..

Sebelum submit. print & mintak orang lain tolong semakkan.

Step 4 – Tentukan tarikh apoinment.
Hanya boleh buat apoinment selepas complete & submit DS-160.
Better buat group interview kalau korang tak reti speaking London @ korang jenis yang menggegel depan interviewer.. kekekeke..

TIPS PERGI TEMUDUGA

Ni la masa yang mendebarkan.. Macam² cerita korang dengar kan.. Tapi.. sebenarnya..
Takde la menakutkan sangat.. Kebanyakan orang 5 minit dah setle.

Better datang naik Grab je sebab parking jauh.

Pakai baju company & pegi interview beramai².

Pakaian mesti kemas.

K Miza bertudung labuh. OK je.. jangan singkatkan tudung anda semata² nak dapatkan VISA US.
Kawan k Miza berniqab.. senang je lulus VISA dia..

Jangan ingat orang muslim aje kena reject. Orang cina pon ade yang kena reject.

TIPS KALAU KANTOI/ DITANGGUHKAN APPROVAL

K Miza interview pakai baju & tudung kuning Forever. Hubby pon sama.. Janggut die trim sket je.
HB k miza tak berapa pandai speaking London sangat..

Jadi semua soalan k miza yang jawab.

Hubby dah pesan.. jangan mesra alam sangat.. sebab k miza jenis suka berbual & tak reti nak bohong sangat.
hihihihihi..

dah habis interview.. Passport HB k miza dia ambik. TAPIIII.. passport k miza dia pulang dengan nota bewarna pink.

Adeiiiiii…. Bawah ni soalan² yang perlu k miza jawab untuk dapatkan approval.

Kalau dapat surat pink ni.. korang kena jawab dengan tepat & cepat.

biasanya ambik masa 3 hari selepas korang hantar jawapan kepada surat pink tu.

 

SUAMI DAH SELAMAT SAMPAI US. APA K MIZA BUAT MASA KENA TINGGAL & TUNGGU VISA US?

Dalam hati tak menyalahkan sape²… Tak salahkan US Embassy.. Jugak tak salahkan HQ..
Ini bukan kesilapan teknikal sangat…

Visa US K Miza jadi lambat mungkin di sebabkan K Miza p renew passport
9 Feb 2018
Interview di US Embassy.
K Miza diarahkan untuk jawab 7 soalan peribadi. Passport dipulangkan semula.
Passport suami US Embassy ambik & terus dapat approval & suami punye Visa US sampai ke rumah pada 14 Feb 2018

15 Feb 2018
K Miza Emelkan jawapan kepada KLadministrative.

20 Mac 2018
K Miza terima emel untuk drop passport menandakan Visa US K Miza dah nak approve.

21 Mac 2018
K Miza p buat passport baru & drop passport lama & passport baru kat Aramex tampoi.

Haaaaaaaa!!! kat sini problemnya k miza rasa….
Bila tukar no passport.. Dah jadi celaru sket…

27 Mac 2018
K Miza terima dari G Dex ke dua² passport k miza tapi tanpa Visa US..
Dan sekali lagi dapat surat pink yang sama..
Ya Allah… memang dah bercelaru jadinya…

Hari yang sama K Miza terima emel arahkan k miza drop balik passport k miza..
Lalu k Miza terus drop passport.

Sampai hari ni k miza sebenarnya speachless & tak sangka dapat rezeki melancong Free² macam sekarang.. Dalam 3 tahun di Forever dah 5 kali Forever sponsor k Miza & suami bercuti².. Kat luar benua Asia plak tu.

Jadi.. K Miza nak ajak korang semua kenali Forever & sama² dapat cuti² Free, Income bulanan 5 angka sebulan. Eh.. Bukan duduk diam² dapat duit K..

Ada aktiviti jualan.. tapi mudah la.. sebab pakai online kan… Jadi…. Jangan tunggu lagi. Wasap K Miza sekarang. K Miza tunjukkan cemana nak buat. Klik button merah kat bawah ni ye….