Siapa saya sebelum join FOREVER

Assalamualaikum. Hai… Nama saya Norlila Binti Maskhon. Anak sulung kepada 6 orang adik beradik. Saya anak jati Peneroka Felda.

Habis SPM saya hanya layak untuk masuk politeknik ketika itu (rajin sangat belajar). Amik jurusan kejuruteraan elektrik & elektronik sebab saya rasakan bidang kejuruteraan sangat2 luas peluang pekerjaannya.
Bayangkanlah SPM dengan jurusan sastera saya melompat ke bidang yang baru. Wowww. Kegilaan apakah ini?

Di ringkaskan cerita saya lulus dengan keputusan yang agak cemerlang & terus dapat pekerjaan. Memang rezeki untuk Norlila Maskhon ketika itu.
Saya diterima bekerja di sebuah kilang membuat vakum. Bermula dengan position Assistant Engineer selama 6 tahun dengan gaji permulaan rm1100. Besarnya rasa gaji ketika itu. Syukur….

Tak di nafikan saya sangat2 komited dengan kerja2 yg di amanahkan. Bekerja dari 2005-2015 cukup buat saya seorang yg dikenali & mudah berinteraksi dengan pelanggan & supplier.
Dalam erti kata lain, saya disenangi oleh majikan kerana saya bukan pekerja yang cerewet dan over demanding. Hebat ke hebat?

Sayangnya saya dengan bos kan. Hehehehe.. Gelak puas2 dalam hati.

Pengalaman Bisnes

Bekerja hampir 10 tahun terlalu banyak ujian yang saya terima. Paling meruntun perasaan bila diuji anak2 sakit. Nak cuti bukan boleh suka2 cuti. Kena fikir untuk orang yang akan back up kerja2 kita. Masa tu kawan2 nak mengumpat pon dah tak kesah.

Nak dijadikan cerita, saya di offer oleh seorang kawan untuk buat bisnes. Bisnes trading produk2 kesihatan wanita. Mula2 segan. Tapi bila dah buat rasa seronok. Dapat tolong wanita2 yang bermasalah dan dapat jana pendapatan. Bermula dari 2012 – 2014. Saya buat part-time sahaja. Waktu rehat memang habiskan masa untuk jawab whtaps2 dan pos barang. Rasa2 dapat agak tak saya buat bisnes apa? Hihihi

Dalam buat bisnes trading tu ada juga la hamba allah yg offer untuk buat MLM. Siap kena paksa buat loan rm15k. Huh. Macam nak jerit je kuat2 masa tu. Nasib la kawan.
Syukur saya reject awal2. Sebab saya mmg tak suka bisnes MLM ni. Bisnes yg bersandarkan marketing plan tapi produk tak membantu pon. Mintak dijauhkan la terkena lagi.

Diringkaskan cerita, April 2015 saya nekad untuk berhenti kerja. Niat di hati nak fokus berniaga dan dalam masa yang sama keluarga sentiasa di depan mata. Cekalkan hati dan fikir yang baik2 sahaja ketika itu. Rezeki dari allah.

Apa yg menyebabkan saya pilih FOREVER sebagai bisnes utama saya

Bulan pertama sebagai suri rumah dan full-time berniaga ku rasakan indah sangat. Masuk bulan kedua terasa sales semakin menurun.
Dan ketika itu Allah beri lagi ujian. Allahuakbar. Kali ni ujian dengan stokis sendiri. Tak perlu nak di canang sana sini kisah buruk itu tapi cukuplah buat saya untuk bangkit. Terima kasih Allah.

Ketika dalam keadaan down, kesihatan saya juga di uji. Dan Allah gerakkan hati untuk cari HH
Sebab di FB asyik nampak dia jer bersiaran. Rasa teruja nak tau apa yang dia buat sebenarnya.
Masa nak whtaps dah underestimate dulu. Nak ker dia layan. Haishhh.. Terus buang ego dan tekan je text.
Alhamdulillah. Nama ku dalam list dia rupanya. Dia cakap lagi 3 minggu nak contact saya untuk pelawa jadi ejen.

Bila jumpa tu terus dia tunjuk botol kuning. Tak pernah nampak pon. Bila tanya harga telan liur juga mendengarnya. Rm90 untuk seorang suri rumah sangat2 besar ketika itu.

Bila HH cakap rm90 dapat free botol kuning, terus saya pejam mata, ambil dan cepat2 transfer (tak pegang cash masa tu). En suami masa tu tak layan pon. Duduk jauh2 sebab dia dah tak percaya saya boleh berjaya buat bisnes di sebabkan kegagalan bisnes yang lepas. Kesian tak ?

Seminggu saya minum dulu aloevera gel tu. Subhanallah, berak berdarah saya baik. Aura saya terus 100% positif.
Masa tu whtaps HH dan belajar la semua online & offline marketing. Berkobar2 semangat ni.

Yang tak dijangka2, bulan ke 3 buat forever, sales saya sudah menjangkau 5 angka dan income saya dah lebih dari gaji engineer saya sebelum ini.
Tahniah Norlila.

Antara sebab utama saya pilih forever, sebab produk2nya dah cukup hebat untuk berkata2 sendiri. Subhanallah

Kenapa saya yakin dengan FOREVER

1. Saya yakin dengan produk. Sebab saya sendiri boleh recover. Saya rasa bersalah kalau tak share dengan orang.

2. Saya yakin dengan company. Sebab dah wujud sejak tahun 1978 dan ada di 160 buah negara. Tak perlu saya nak cari stokis untuk restok. Direct sahaja di centre seluruh dunia. Mudahkan.

3. Saya yakin dengan diri sendiri. Sebab saya percaya, dengan berforever saya dapat bantu lebih ramai lagi orang untuk sihat & bantu mereka yang memerlukan untuk jana pendapatan tanpa modal dan zero kerugian.

Subhanallah

Perasaan saya berada dalam Al Ujab Clan

Saya sangat2 bersyukur berada dalam al ujab clan sebab saya dapat belajar untuk lebih positif, lebih sabar & paling gembira saya belajar untuk menjadi seorang leader kepada ejen² dropship saya.. dan menghasilkan lebih ramai lagi leader dalam team saya.
Ya Allah. Forever ni boleh jana pahala juga rupa2nya.

Goal Setting untuk tahun 2016
  1. Saya nak complete F2D Level 1 pada Jun ini.
  2. Saya nak complete F2D Level 2 pada Disember ini.
  3. Saya nak income 5 angka kepala 2 pada tahun ini.

Ya Allah. Kau berikanlah aku kesihatan, kekuatan dan ilmu yang melimpah2 supaya aku dapat bantu orang lebih ramai lagi…aamiin

Yang nak belajar bisnes online & offline AL UJAB CLAN sedia bantu

Bersama salah seorang manager. Hari saya upgrade sebagai VIP. Tak sampai 2 minggu dengan hanya bermodalkan rm90 sahaja. Murah dan mudah. Hanya duplicate sahaja apa yang leader buat.

Antara new FBO yg saya daftarkan pada bulan pertama join forever living. Ada siang,ada malam, ada pukul 5pagi dan yang paling menguji kesabaran ketika saya sedang demam denggi. Lepas tu terus admitted…kikiki. Semangat nak tolong ramai orang. Korang bila lagi?

Antara aktiviti restok dan urusan pengeposan untuk customer2 online dan offline. Dulu masa belom berhenti kerja selalu doa & berangan nak pos parcel banyak2. Alhamdulilah allah bagi peluang. Peluang yang datang dengan tindakan2 yang saya buat. So jangan main2 dengan Doa. Tak cukup tangan akak nak jawab pertanyaan2 mereka yang nak kan botol kuning yang berhantu tu.

Aktiviti menimba ilmu & coaching untuk ejen2 dalam negeri dan seberang tambak. Nak berjaya kena ada ilmu dan mentor yang dah berjaya. So tuntutlah ilmu walaupun anda dah kaya dan berjaya. Seronok bawa anak2 timba ilmu.

Majlis penyampaian anugerah & majlis makan2. Alhamdulilah. Inilah forever living.Tak pernah terfikir nak sampai ke tahap ni. Dapat buat sales 5 angka pon dah teruja. TQ my cikgu Nor Hamizah Md Hamdan. Tanpamu ku tak tahu skill online & offline ni mudah sebenarnya.

Bersama sifu2 hebat. Jutawan forever. Dato’ Desmond Kong & Kak Juraidah. Bertuah berada dalam rangkaian beliau. Semoga inilah rezeki ku yang tak pernah putus2.

Berminat untuk sertai kami? Saya berminat