SIAPA SANGKA SELEPAS 1 TAHUN RESIGN DARI SR ENG BOLEH LANGSAIKAN HUTANG PTPTN?

Gambar kat atas ni yang menyebabkan kak miza terpaksa langsaikan hutang PTPTN… Febuari 2016 sempat kak miza buat umrah dengan husband.. sebelum keluar negara tu… I check la dulu nama yang black blist dari keluar negara.. hehehe takde nama dalam tu.. maka legalah… dan berjaya keluar Malaysia jugak….

 

Gambar depan ka’abah..lupe dah rukun ape… yang paling ingat.. time ni kak miza lari dari polis arab..

 

polis arab tu tarik tali monopod I tau.. kekeke.. adele.. yang p selfie depan ka’abah tu buat ape…

nasib baik ade rezeki lagi monopod tu… hihihi.. pandai² cover k kalau polis arab aim kita…kekekeke…

 

Ok… berbalik cerita tentang PTPTN ni kan… Bulan Mei 2016(minggu lepas) kak miza apply loan kereta…

 

nak beli Van toyota recond.. sebab anak² dah ngiau²… “Ummi sempitlah…” aishh budak² ni.. kecik² dah pandai complain… kita dulu.. naik motor berlima dengan mak abah..takde complain ape pun…

Punye lah kak miza confident…. dengan selamba print statement yang panjang berjela…

 

almaklumlah…kak miza buat bisnes online… setiap hari banyak transaction yang masuk…

hehehe.. kerani maybank pun sound hari tu…Puan kena buka Current Account ni.. banyak sangat transaction.. kalau tak buat nanti Maybank BLOCK.. adui…mengganggu betul… hihihi..Inilah nasib… terbuat current account kat CIMB.. customer ramai yg pakai Maybank..

 

Lepas dah kumpul semua bank statement… cuba la buat loan… then… Executive CIMB bank call…

 

haaa nampak no opis I macam dah happy… (beberapa ketika dulu.. takut nak angkat call pasal banyak hutang..kah kah kah.. baik ngaku sapa yg seangkatan dgn kak miza)

 

Pegawai tu cakap… Puan Hamizah dokumen puan dah cantik ni… (hahaha hati dah bunga² dah bayang² Van raya 2016..dapat bawak 3 orang anak bertuah…dapat bawak Atok in law…dapat bawak MIL & FIL beraya² sakan… sebelum ni tak berapa nak sambut raya sangat sebab banyak hutang dan kak miza & hb masih bekerja)

 

Then… pegawai tu.. tanpa belas ihsan… dia teruskan kata² “cuma satu jek yang sangkut puan…PTPTN…” lalu kak miza cuba berdiskusi…”ala encik boleh bawak bincang tak?” kah kah kah… ko tak bayar PTPTN nak bincang² plak (kak miza cakap dalam hati…

 

“Puan kena buat bayaran untuk clearkan CCRIS.. kalau tak.. susah nak dapat kereta raya”.. amboi… ko perli aku pulak..

 

Beberapa hari lepastu.. adik kak miza yg tersayang follow up.. haaa.. korang bacalah kata² adik kak miza ni.. bikin hati panas…

Ayat dia memang menusuk kalbu… “Selagi belum masuk mulut kita.. belum tau rezeki siapa” Sentap I..

Lepas tu… kak miza google la… PTPTN Johor… lalu jumpe la link ni…

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan/johor..

call office UTC & kat Uda tu… hampeh.. tak hangkat… PANAS hati I tau..

Mula² kak miza terus shoot pengurus besar negeri johor.. kekekek… dah call office tak berjawab.. then dia bagi no phone.. I call je la direct number die…

 

sekali call terus angkat.. YES!… TAPIIIII… korang boleh bayangkan tak… kalau korang meeting… lepas tu bini korang call… hehehe.. macam tu la gaya die cakap.. bisik²… gelak besau kak miza…

 

Puan Pengurus besar cakap dia tengah meeting.. dia suruh bagi no IC… bagi nama.. sampai hari ni dia tak reply…

 

Oleh kerana kak miza dah terdesak sangat nak bayar PTPTN.. kak miza cuba call Pengurus cawangan UTC…

 

Wahhhhh!!! serius.. nak bagi banyak bintang kat En. MOHD HAZRIL BIN AHMAD YUNUS… tip top lah layanan dia…

 

Sampai² je kat UTC Komtar JB… terus ambik nombor and terus dapat jumpa En Hazril…. dan…. dia terus bagi penyata baki hutang PTPTN kak miza….dan… yg lagi best…. dia cakap..

 

“Puan ini baki yang puan perlu bayar. Saya dah siap bagi diskaun”… hahaha I baru nak mintak diskaun…

 

Boleh pakai kad debit kalau nak bayar habis hutang PTPTN.. tapi had maksimum untuk swipe kat debit adalah RM3k sahaja..

 

Jadi.. k miza buat keputusan untuk keluarkan duit dari Maybank. ATM machine ada kat tingkat 2.

 

maka…. dengan lega sekali… hutang PTPTN kak miza sudah settle… FUHHHHHH…BEST..

 

dan 2 hari lepas bayar terus dapat surat pelepasan hutang… wahhh good sangat… makin cekap orang gomen buat kerja..

 

Sebenarnya.. tak banyak mana pun hutang PTPTN kak miza.. cuma satu sem aje.. masetu hutang RM3500. Bila nak bayar jadi RM4400.. pernah bayar RM400 kalau tak silap…

 

Masa kerja kat Dyson Manufacturing Sdn Bhd selama 9 tahun… Tak pernah ade budget nak bayar… Sedih sungguh… masa kerja tu memang perit… gaji last kat dyson dalam RM7k…+/- tapi tak jugak boleh habis bayar…

 

kak miza yakin sangat² ramai kat lua sana bukan tak nak bayar… tapi belum mampu bayar.. lebih sanggup masuk CCRIS daripada tengok anak tak pakai pampers kan…

 

Alhamdulillah… lepas berhenti kerja berjemaah dengan hb pd Jan 2015.. and lepas fokus 1 tahun buat bisnes online… & Allah bagi rezeki bayar hutang PTPTN…

 

Dan beberapa orang kawan kak miza yang dah settle hutang PTPTN jugak settle dari duit untung bisnes…

 

Yang masih tercari² peluang bisnes…. nak langsaikan macam² hutang…. beranikan diri tanya kak miza ya… Hobi kak miza memberhentikan orang kerja…dan mengajar orang melangsaikan hutang… hihihihi… jumpe lagi kat lain rancangan…

 

Assalamualaikum wbt….

Yang nak tau tips langsai PTPTN ni… Klik bawah ni & terus type.. PTPTN